Posts

Apakah perasaan anda jika sering ditinggalkan walaupun sudah berumahtangga? Walau apa pun alasan sama ada hal kerja atau urusan apa pun, istilah dan keadaan itu tetap sama. Seorang wanita menceritakan hal tersebut kepada saya.Dia tidak mempunyai teman yg boleh diluahkan perasaan sedih, sayu dan marah. Suaminya sering balik lewat malam atas urusan kerja.Dirinya lebih sedih dan sayu kerana tidak dikurniakan zuriat.Suaminya seorang yg rajin @lebih rajin jika membabitkan hal mencari rezeki.Memang benar tetapi dia terlupa bahawa hati isteri juga perlu dijaga.Si isteri juga telah puas berusaha untuk bersabar dan mempertahankan rumahtangganya.Namun, ada masanya hati terhiris pedih dan rajuk tetapi si suami tetap dengan pendirian bukan suka2 @berseronok di luar jika terpaksa meninggalkan isteri sendirian di rumah.Bukan tidak pulang tetapi berjumpa apabila si isteri sudah tidur.Untuk berbincang dan bercerita hal peribadi jauh sekali.Tetap dikatakan isteri tidak memahami dan umpama menyimbah b
Setiap daripada kita diberikan nikmat dan dugaan yg berlainan...ada yg mukanya cantik tp hati dan jiwanya kosong dengan kasih sayang, ada yg keluarganya bahagia walaupun tidak mempunyai wang yg banyak, ada yg mempunyai segalanya tp tidak bersyukur dgn apa yg dimiliki, ada yg mempunyai pelbagai kemewahan duniawi tapi masih merendah diri kerana sedar bahawa nikmat dunia ini hanya pinjaman semata, ada yg masih bermuram durga kerana tidak redha dgn ketentuan dari-Nya... Terpulang pada kita sebagai manusia yg percaya bahawa tidak hadir bahagia jika selalu mengeluh dengan apa yg ditakdirkan oleh-Nya... Berilah ruang untuk kita bahagia dgn jalan yg kita pilih dan bukannya di atas penderitaan orang lain...
Sesekali rasa teringin nk travel jauh2...melihat pemandangan negara orang lain...semoga suatu hari nanti Allah anugerahkan rezeki yg melimpah ruah untuk melihat indahnya bumi ciptaan-Nya... Tidak ada apa yang lebih membahagiakan melainkan dapat bersama2 orang tersayang menjelah dunia...tapi buat masa sekarang aku dan suami tidak mampu... Rezeki yg satu juga tidak kunjung tiba...biarlah saat dan takdir menentukan. Jika aku seekor burung, mungkin telah lama aku terbang, tapi apakan daya aku hanya manusia biasa...hidup dalam persekitaran keluarga dan rakan2 yg baik juga merupakan satu nikmat...
Menelusuri denai kehidupan, banyak ranjau yg perlu ditempuh...sama sahaja setiap orang...tidak pernah lari dari diuji oleh sang pencipta langit dan bumi untuk menguji keimanan dan ketakwaan... Tahun 2012 , Jun, aku bertukar ke Ipoh setelah bergelar pendidik di sekolah lama di Bidor selama 5 tahun...bulan Ogos, keluarga kami dikejutkan dengan berita ibuku diserang strok...sedih rasa hati Allah sahaja yang tahu...pada tahun 2013, 20 Ogos,abahku pula pergi menghadap Ilahi akibat pelbagai komplikasi penyakit dan barah prostat... Abah sgt mengharapkan adik bongsuku mendirikan perkahwinan...tp takdir menentukan tidak kesampaian hasrat dan impiannya... Jika abah masih hidup, tentulah antara insan yg paling bahagia setelah saban tahun, cucu-cucunya pula naik pelamin... Aku...terus menanti rezeki zuriat dari rahim sendiri... Oktober 2016, aku pernah hamil tp hanya 'blighted ovum' ...yg mana hamil kosong @bayi tidak berkembang...sudahnya aku redha andai itu yg terbaik untukku...aku